sksutama.zoom-a.com
[schoolname]
[address] Tel : [tel], Faks : [fax]
e-mel : sksutama@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | VISI & MISI | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | ENROLMEN PELAJAR | KEPUTUSAN UPSR | AKTIVITI | PAUTAN | BUKU PELAWAT | BERITA TERKINI | DOA SEKOLAH | FALSAFAH SEKOLAH | KOKURIKULUM | KURIKULUM | LAGU SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | MARQUEE | PANORAMA | PIBG |

SEJARAH SEKOLAH
 

Kesedaran dan keinsafan penduduk Kampong Sungai Nibong betapa pentingnya pelajaran yang sempurna terhadap anak-anak supaya tidak ketinggalan di dalam arus pembangunan negara adalah merupakan agenda utama dalam usaha untuk mengujudkan sebuah sekolah. Pada tahun 1928 terbinalah sebuah sekolah yag diimpikan hasil kerjasama dan rasa tanggungjawab penduduk dan dinamakan Sekolah  Melayu Sungai Nibong. Sekolah ini diterajui oleh Guru Besar Encik Muhammad bin Tahir sehingga tahun 1934.

 

      

Tiga tokoh utama yang merupakan nadi penggerak atas kejayaan ini ialah Ketua Kampong Sungai Nibong iaitu Tuan Hj Hassan b Taibi, Ketua Kampong Semerah iaitu Tuan Hj Surat dan Ketua Kampong Lubok iaitu Tuan Hj Nawawi. Bahan-bahan untuk mendirikan sekolah telah didermakan oleh penduduk 3 buah kampong tersebut dan bahan-bahan berupa kayu-kayu  hasilan daripada pokok kayu hutan sekitarnya. Bangunan sekolah siap dibina dengan beratapkan nipah, berlantaikan papan yang hanya cukup untuk 3 bilik darjah sahaja.

                                                                                

Pada sekitar tahun  1930 hingga 1932 sekolah ini terpaksa ditutup kerana kekurangan murid . Pada tahun 1933 Sekolah Melayu Sungai Nibong beroperasi semula dan muridnya bertambah ramai sehingga mencecah 80 orang. Guru yang bertugas disekolah yang serba kekurangan ini ialah seramai 3 orang guru dan diketuai oleh Cikgu Adam bin Husin sebagai Guru Besar pada tahun 1935 sehingga 1937. Gaji guru-guru tersebut dibayar oleh penduduk kampong.

Selepas zaman pemerintahan Jepun pada tahun 1946 Sekjolah Melayu Sungai Nibong beroperasi seperti biasa dan enrolmen muridnya bertambah ramai hingga mencecah 100 orang. Bilik-bilik darjah perlu ditambah lagi bagi menampong murid yang ada. Sekali lagi penduduk kampong telah bergotong royong menyambung bangunan yang sedia ada dengan menggunakan bahan –bahan tempatan hasil sumbangan derma orang ramai.

Pada tahun 1952 oleh kerana pertambahan murid yang ramai meningkat penduduk kampong telah bersepakat memutuskan agar dibuka sebuah sekolah cawangan di Kampong Semerah Darat yang mengandungi 4 bilik darjah . Sekolah cawangan ini telah dinamakan Sekolah Melayu  Seri Berkat.

Pada tahun 1963 atas inisiatif Encik Abdul Ghafar bin Ali, Pegawai Pendidikan Daerah Batu Pahat ketika itu menyarankan agar 2 buah sekolah iaitu Sekolah Melayu Sungai Nibong dan Sekolah Melayu Seri Berkat dicantumkan dan diberi nama baru iaitu  Sekolah Kebangsaan Seri Utama. Bangunan 3 tingkat ini termasuk pejabat, bilik darjah, bilik guru, Pusat Sumber Sekolah  bilik tayang / muzik  dan tandas guru serta murid.

Sesuai dengan namanya Sekolah Kebangsaan Seri Utama telah banyak melahirkan pelajar yang cemerlang dan prestasi pencapaian akademik dan ko-kurikulum semakin menyerlah dari masa ke semasa. Adalah menjadi harapan semua pihak agar sekolah ini sentiasa maju dan bergerak seiring dengan visi dan misi Kementerian Pelajaran Malaysia.

 

 

 

 

 

 

 



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: